Friday, December 30

Nur Marissa Farzana - Hadiah Hari lahir

Malam semalam Nur Marissa Farzana talipon gua dari kampung. Gua yang tengah mamai2 baru tejaga tidur, cepat2 tanya khabar dia.


Ikuti perbualan kami.


"heepppii Besdaaayyyyy my waliddddd"
"Maceh ica...."
" cowi la walid, kite tak de hadiah mahal untuk walid"
"ooo takpe, walid tekehjut ica kol, terima kasih ica, walid sayang ica..."
"Tapi walid, ica nak nyanyi untuk walid ni sempena besday walid.." " dengar tau.."
"eh okee..hehehehe"
"~You raise me up, so I can stand on mountainsYou raise me up, to walk on stormy seas ,I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be.~" "hehehehe itu je walid..." "ok tak?"



"Thanks sayangggggggggg!! walid sayang ica sangat2..mwaahhh2"
"Nanti 2 hari lagi walid balik kampung, walid bwak ica balik umah ye..errmm kim salam nenek ye"
"okeh walid, sayang walid sangat2..."


Okeh semenjak cuti sekolah ni, ica gua hantar ke kampung, duduk dengan mak gua, kalau duduk ngn gua masa cuti ni kesian pulak dia, gua kerja, ica cuti, kompem dia boring...




apepon terima kasih ica...   




ica kata die ambik lagu tu dari sini.



Nur Marrisa Farzana







Nota: Terima kasih pada yang wish besday @ puaka ke gua....

Harapan Untuk Berjalan



Lihat lah dan hayatilah video di bawah ini...
menangis lah wahai Manusia yang memiliki hati dan jiwa nurani..
Jangan engkau pendam air mata itu...
Marilah kita melakukan sumbangan..
Marilah menduga hati nurani kita...





Berat Mata memandang..
Berat bahu memikul..
Berat lagi Peha mengendong..

Safee Sali Merupakan duta hope 2 walk


Petikan dari Abah Annisa & Annur..

"Dia menolak untuk ke China, barangkali memberi ruang untuk adiknya kerana untuk mencapai sasaran kutipan masih terlalu jauh. Dia padamkan lilinnya di sini untuk menerangi lilin di kehidupan abadi. Untuk menerangi taman-taman wangi- mempersiapkannya untuk kami menyusul nanti.
"

Al-Fatihah Buat Adik Annisa...





Untuk maklumat sila klik link FACEBOOK Hope 2 Walk SINI

Thursday, December 29

Memang gua nak beli kereta ni

HONDA CIVIC 2.0 

Okeh..gua memang nak ambik kereta ni jika diizinkan Allah, gua nak angkat kereta ni pada Oktober 2012. Setelah gua buat calculation. Jadi tarikh tersebut adalah sesuai. Namun sekiranya gua still tak dapat angkat pada tarikh tu, gua akan cuba lagi. Sebab gua hanya merancang dan berusaha, dan Allah hanya mengetahui segala-galanya. Harga kereta ni gua ambil yang kebiasaan ikut pasaran sekarang,Harga Honda price-on the-road + insurance + Sum insured = RM 127,000.00. 


Gua buat lakaran kiraan mudah dahulu:

  • Kita ambil deposit 10% = 12,700.00
  • Gua ada masa lebih kurang 10bulan untuk cari RM 12,700.00
  • Kiraan mudah, jadi tabungan gua kena ada RM1270.00 sebulan


Okeh itu untuk deposit. masuk pulak kepada Bulanan.
  • Loan gua nak buat antara 7 ke 9 tahun je.
  • kita ambik 9 tahun: RM114,300/9tahun@108bulan = RM1058.++
  • 7tahun pulak:RM114,300/7tahun@84bulan = RM1361.00
  • Bulanan gua mesti kena ada untuk kereta ni sahaja RM 1300.00 ke RM 2000.00
  • Interest lebih kurang 4% ke 6%..Honda biasanya interest rendah, itu kena tengok pada perbincangan dengan bank.
  • tempat beli pun gua dah tau.


Berdasarkan data-data ringkas yang gua kaji selidik seperti di atas, ini bermaksud gua kena bekerja keras bermula saat ni perggghh!. Kah kah mana ada orang nak senang tanpa bekerja keras, sedangkan anak Tokeh Mamak pun dok gigih berkerja, Abam lucaketiak pun gigih nak angkat BMW X6. Paling koman@kurang pendapatan bulanan gua hendaklah RM3000.00.. dan keatas. 

9tahun dari tahun 2012, maknanya tahun 2021baru habis, kah kah kah silap-silap masa tu dah ada kereta terbang. Peh!

Moga usaha gua nanti diberkati dan dirahmati Allah.

Aminnnnn~

Sedikit untuk tatapan umum.








Nota: Rumah, gua tengah kaji selidik dulu, kaji keadaan geografi, harga dan etc.



Wednesday, December 28

You are equal pig.

Ada satu stesen minyak dekat satu kawasan ni. Ada 3 orang juruwang, 2 lelaki dan seorang wanita. Tapi mereka ini takdalah equal pig yang aku maksudkan. Walau layanan diaorang hampir2 ke equal pig, tapi ada lagi maha hebat equal pig gua nak stori ke lu orang.

Yang gua nak cerita ni tentang sorang brader ni. Brader ni tak la hensem mane, cuma gua nak kabor ade ler macho sikik. Gua tak kesah dia punya macho ke hensem ke ape ke. Cuma.

Okeh..Memandangkan mood gua masih tak berapa oke, ditambah gua tengah lapar, sampai tahap nak tengok makwe kat tasik pun tak lalu. Jadi gua ambik keputusan,gua nak makan nasik dulu. Bila kenyang baru sedap nak ceriter. Okeh, lain kali lah gua sambung cerita.

Tuesday, December 27

Aku Bukan Ameng Spring

Preeeeeeeeeng2x!!!!!! Bunyi enjin motosikal yang ditunganggi mat rempit terus mematikan lamunan Ameng. Ameng memang panas dengan budak-budak rempit ni. Baru sahaja ameng nak feel layan perasaan. Hati ameng dah membuak mahu pergi libas dengan buluh kait buah kat budak-budak rempit ni. Sejak dari lepas zohor lagi membawa ke lepas asar, ameng senantiasa duduk didepan pangkin bawah pokok mangga, kalau tak duduk disitu, ameng akan makan biskut cicah melo panas didapur. Mak Timah, emak kepada ameng risau akan hal anaknya itu.

Namun apakan daya mak Timah selain dari membebel-bebel kepada ameng. “Along, hanya dengan ilmu je mampu menjamin masa depan along!” “mak tak kira, along kena juga terima tawaran university tu.” sambil mak timah memperbetulkan silanya. Kepala ameng semakin sakit, kejap kemudian ameng pergi mendapatkan adiknya yang sedang leka menelaah pelajaran, Nurul Ain. Nurul Ain adalah anak ke2 dari 4 orang adik beradik termasuk ameng. “Angah…..ermmmm along sekarang tengah konpius ni, angah rasa along kena pilih yang mana?”. Nurul Ain memandang tepat ke mata ameng. “Bagi angah…along kena buat apa yang along minat, takut nanti along jadi musuh kepada benda yang along tak suka. “tapi kan…ni permintaan mak long…along kena ingat, mak beharap sangat yang anak dia masuk university” “ Tapi terpulang kat along lah, antara keberkatan mak dan minat along” “mungkin satu hari nanti ada hikmah kenapa along dengar cakap mak.” Ameng diam dan hanya mengangguk apa yang dikatakan oleh adiknya itu.

Ameng melihat keluar tingkap melihat dua lagi adiknya yang sedang leka bermain. Kejap-kejap bermain guli, bosan bermain guli, bermain tolak-tolak, bosan main tolak-tolak, bergaduh. Itu jelah yang tahu dilakukan oleh dua adiknya, yelah baru tahap nak hafal sifir 2 pun tergagap lagi. Ameng mematikan niatnya untuk meminta pendapat 2 adiknya itu. Ameng lagi prefer untuk berkongsi pendapat dengan Nurul Ain. Yelah dalam bulan puasa tu dia tak akan puasa penuh sebab diberi cuti oleh Allah, begitulah sesuai diibaratkan usia Nurul Ain ini. Puas ameng membuat muka Aaron Aziz serupa sakit perut, Ameng pergi lagi ke pangkin bawah pokok mangga itu sambil meletakkan kaki kanan diatas pangkin, dan kaki kiri di bawah.

Preeeengggg!! Prengggg!! Sekali lagi bunyi yang cilaka muncul membuatkan ameng panas. Ameng buat rilek buat cool walau hati panas sebab die tau itu bunyi motor Yamaha cup CDI si Azli. Azli merupakan kawan ameng dari kecik, walau mereka ni satu sekolah, tapi ameng dan Azli tidak pernah sama kelas. Sebab Azli ni tahap bengap dicampur tahap malas dia ni dah macam lagi teruk dari keldai. Keldai ni walau dia bengap tapi keldai adalah bintang yang rajin. Lain pula akan halnya si ameng ni, ameng pulak memang dari kecik kalau periksa tu, asyik dapat nombor 1 tak pun nombor 2. Kalau dapat nombor 2 tu pon sebab ameng ni penat sebab sibuk latihan bola sepak, jadi ameng tak sempat nak ulangkaji mana. Itu sebab ameng dan azli ni tak pernah sama kelas, yela azli sudah tentu dalam kelas yang kurang pandai, dan si ameng pulak tentulah ditempatkan dikelas yang wanita2nya sudah tentu cantik, kemas, pandai sopan, wangi. Yang lelakinya pulak rambut sikat kemas, ada yang pakai spek, jenis pakai tali leher kemas. Tapi ameng tak kesah semua tu. Bagi ameng pengkelasan kelas mengikut IQ pelajar adalah sebuah penindasan terhadap pelajar. Bagi ameng, dia lagi suka pelajar itu bebas dalam menuntut ilmu selagi tidak melanggari syarak.

Bunyi motor Yamaha cup tu semakin hampir. Ameng hanya membatukan diri. Sekejap sahaja azli betul2 berada di pangkin dimana tempat ameng duduk. Dengan berbaju jersi bola kelab yang berpangkalan di barat london dan rokok tercokeng dimulot. Azli terus mematikan enjin motor serta menongkat stand. Azli menegur ameng sambil mata azli pedih2 kena asap rokok. 



Gambar cedok kat google


“Holla ameng!...kah kah kah apehal lu ni macam muka Jamal Abdillah terpijak taik lembu ni woii..kamon la kawan.”

Ameng masih lagi diam sambil mengorek hidung . Azli bersuara lagi.

“weyh..engko ni kenapa, jom la cepat siap..dah petang ni, kata nak main bola.” Sambil azli mengeluarkan asap ikut hidung, bosan ikut hidung, asap keluar dari celah gigi.

“Aku konpius ni li, tak tau mana nak pilih.”

“Ah sudah lu ni. Takpa petang ni kat padang bola aku dengar si jimbert ade sekali. Ape kate lu mintak tolong ke dia.”

“Owhh si jimbert abangnya si odah teleng tu? die cuti ke? Bile die balik? Apesal aku tak tau?”

“Woii dah 2 hari dah die balik kampong, tu la engko! Asyik layan perasaan je, woii lu nak main bola tak ni.”

“Oooookkeeeh…ko tunggu kejap, aku pergi tukar baju!” pantas ameng berlari seperti dubuk naik kerumah. Azli hanya memerhatikan keadaan kawannya itu sambil menghisap rokok sehingga tinggal lambang, lalu cepat2 azli menjentik jauh puntung rokok tersebut. Bagi azli, seorang pro smoker lagi-lagi smoker yang dah habis sekolah, sangat tak cool dan sangat bangang sekiranya menghisap melepasi lambang rokok, tak kira lah rokok seludup atau rokok cukai.

Tak sampai lima minit ameng kembali turun, dengan lengkap berpakain seperti seorang pemain bola sepak professional. Jauh sekali jika nak dibandingkan dengan azli. Yelah, ameng ni adalah pemain remaja negeri dan hampir-hampir mewakili kebangsaan ketika berumur 16 tahun. Tapi apakan daya, banyak penghalang ketika itu. Ameng cepat-cepat melompat keatas moto Yamaha cup azli.

“Woii ali!, bak kunci..gua yang bawak moto ni”

“ishhhh aku dah agak…nah!” sambil mencampak kunci ke ameng. Ameng menyambut baik lambungan kunci dari azli. Bukan ameng tak mahu azli yang drive sendiri motor tu. Tapi ameng tahu kalau azli yang drive, memang akan wheelie dari rumah sampai ke padang la jawabnya.

Azli memang dah masak benar dengan perangai ameng ni. Memang rutin kalau ameng dan azli naik motor bersama, mesti ameng yang akan take over pemanduan. Untung azli dapat kawan matang macam ameng. Nasib baik ada ameng, dia yakin kalau dia tak kawan rapat dengan ameng sudah tentu dia akan lagi sesat dari ini. Motor Yamaha yang dipandu ameng berlepas meninggalkan rumah, bunyi Yamaha cup tersebut semakin hilang dibiaskan oleh jarak dan angin petang.









Okeh....Bersambung...........

Thursday, December 15

Penjelasan Ringkas Hudud.

Sila lihat video ini.....fahami dan renungkan.





Penampilan Istimewa Ustaz dan ulama muda serta Bob lokman, juga Vlogger terkenal Mathlutfi90.

Friday, December 9

Song Friday :Jay Chou - Ye Qu

Lyrics to Ye Qu :

yi qun shi xue de ma yi bei fu rou suo xi yin
wo mian wu biao qing kan gu du de feng jing
shi qu ni
ai kai shi fen ming

shi qu ni
hai you shen me shi hao guan xin
dang ge zi bu zai xiang zheng he ping
wo zhong yu bei ti xing
guang chang shang wei shi de shi tu ying

wo yong piao liang de ya yun xing rong bei lue duo yi kong de ai qing
ah wu yun kai shi zhe bi ye se bu gan jing
gong yuan li zang li de hui yin zai man tian fei xing

song ni de bai se mei gui zai chun hei de huan jing diao ling
wu ya zai shu zi shang gui yi de hen an jing

jing jing ting wo hei se de da yi xiang wen nuan ni
ri jian bing leng de hui yi zou guo de zou guo de sheng ming
ah si zhou mi man wu qi
ah wo zai kong kuang de mu di
lao qu hou hai ai ni
wei ni tan zou xiao bang de ye qu

ji nian wo si qu de ai qing
gen ye feng yi yang de sheng yin
xin sui de hen hao ting
shou zai jian pan qiao hen qing
wo gei de si nian hen xiao xin
ni mai zang de di fang jiao you ming
wei ni tan zou xiao bang de ye qu
ji nian wo si qu de ai qing
er wo wei ni yin xing mai ming
And for you I've become anonymous
zai yue guang xia tan qin
dui ni xin tiao de gan ying
hai shi ru ci wen nuan qing xi
huai nian ni na xian hong de chun yin
na xie duan chi de qing ting / san luo zai zhe sen lin
er wo de yan jing mei you si hao tong qing
shi qu ni lei shui hun zhuo bu qing
shi qu ni wo lian xiao rong dou you yin ying
feng zai zhang man qing tai de wu ding
chao xiao wo de shang xin
xiang yi ko mei you shui de ku jing
wo yong qi mei de zi xing
miao hui hou hui mo ji de na ai qing




Thursday, December 8

Pengajaran Dari Sikecil


Mata dah kena gayut dek setan ni memang haru. Tapi gua tak boleh nak hanyut, sebab kejap lagi maghrib. Gila! Tidur maghrib ni boleh jadi gila engko orang tahu!. Macam biasa gua cepat-cepat pergi mandi, solat awal, pastu berkelahi dengan drama kat tivi, ala yang Nora Danish berlakon tuh.

Tah macamana lepas semua-semua perkara diatas gua lakukan, gua tak terus ke tivi, bagi gua cukup gua dah dengar lagu opening by Adi Putra pun dah buat gua into. Gua terus ke laptop,okeh gua terbaca tentang berita kematian adik Khairul Fahmi Che Mat @ apex disebabkan oleh denggi, kalau lu tak tau sape apex, lu hantukkan kepala lu orang ke dinding.

Gua cepat-cepat tutup windows, okeh gua usha tingkap, ternganga luas, sume tingkap yang ade kat rumah gua, gua tutup kacip. Sampai windows naim pun gua tutup, naim yang tengah kelangit layan drama korea jerit “Faking dem ass hole” ke gua, sambil dia meluruskan kaki untuk sedia melancarkan penendang ke gua. Gua tak cemas, Cuma gua pandang tajam ke naim dan angkat sikit baju gua, Nampak lah aluran 6ixth pax gua. Seraya itu naim kembali baring dengan muka yang berpeluh.

Sejak gua menjadi perantau ni, memang gua tak pernah tutup tingkap waktu nak maghrib. Ingat lagi gua kecik dikampung, mak dan abah gua senantiasa ingatkan bila nak maghrib je cepat-cepat tutup tingkap, jangan bagi nyamuk masuk kate bapak gua. Ini salah satu cara pencegahan, yelah nyamuk aedes kan aktif waktu senja dan pagi. Dah macam setan aktif waktu senja!.

Dan kalau ada bekas2 yang lu rasa boleh menakung air, baik lu orang cepat-cepat buang atau letakkan ditempat yang sesuai, atau lu tutup supaya kadar air yang bertakung tidak jadikan tempat nyamuk bertelur. Shakir cakap ke gua mulut dia pun boleh takung air, masa tu juga shakir dapat jawapan gua melalui tendangan udara yang hinggap betol-betol kedada beliau.

Okeh, gua nak cakap lu orang kena la ambil pengajaran daripada sekecil ini, lu orang ingat bertubuh kecil tak kuat?, lu tengok saje la nyamuk aedes kecik tapi boleh buat life lu orang jadi short.


Nota:Hapuskan Denggi!



Nota : Buat apex semoga roh adik anda ditempatkan bersama orang yang beriman



Nota : Buat Fareeza dan Ira, kuat semangat dan makan ubat, insyallah aku doakan kau orang cepat sembuh, ehsan lu kene bekorban sikit jaga awek lu supaya sihat. Demam Denggi ni bukan boleh bawak main.



Gambar Suka-suka

Gambar Suka-suka #2

Friday, December 2

Nur Marissa Farzana #02

Sejuk pagi mengigit, dengan kadar ketumpatan oksigen berubah-berubah. Mentari sudah menjengukkan sedikit cahayanya yang dibias oleh embun embun yang semakin lekang. Perpindahan baton malam kepada siang semakin lengkap. Burung-burung bersiap mencari rezeki, tampak girang sambil berkicauan. Subhanallah, Sungguh indah pagi itu.

Jam didinding sudah menunjukkan pukul 7.00 a.m . Seperti mana biasa, gua akan menamatkan tidur lena ‘kakak’ (siapa tidak tahu kakak, sila klik---> KAKAK). Supaya dia boleh bersiap untuk kesekolah.

Dalam bilik Marrisa.

“Kakak, kak…bangun sayang..dah nak pukul 7.00 ni.” Gua kejot ica sambil membelai rambutnya.

“Uhuk2, wayid peluk..”

“anak walid sayang, bangun2, kang tak sempat sarapan.” Gua mendukung marrisa.

“walid, walid, takpe kakak, mandi sendiri ye.” Marrisa bersuara sambil tangan kiri memegang bear, tangan kanan pula masih mengosok-gosok mata.

“eh kakak, tadi pelat lak panggil walid..okeh walid dah set water heater tuh, dan..ingat jangan lupa gosok gigi, dan sabun, nanti walid chek..nyway nah kakak, duck temankan kakak mandi.” Sambil gua pass mainan itik kat marrisa.

Gambar suka-suka

** 

Gua terus kedapur menyiapkan sarapan. Sayup-sayup kedengaran marrisa bernyanyi girang sambil mandi. Gua memang kenal lagu tu, lagu kak ct nurhaliza, demi kasih sayang. Gua terus gelak kecil.

Siap marrisa mandi, gua siap2kan dia. “okeh dah, kakak g ambil beg kat bilik, walid tunggu kat bawah, sarapan pun walid dah buat.” Sambil gua pinkan rambut marrisa. “eh walid nape, walid tak siap ag, tak pakai baju keje pon” tinggi sedikit suara marrisa menegur gua.

Dengan lincah gua turun dan teros meng‘on’kan tv. Tiba-tiba, “walid!!!!! Harini sabtu!! Cuti!! Kenapa kejot kakak!!” “nantilah walid, kakak kenakan walid pulak!” jerit Marrisa dari bilik tidur dia.

Gua senyum manis, dalam hati gua,” Sape suruh pergi tulis status kat fb walid”. Malam sebeblumnya gua terlupa log out FB, pastu marrisa guna laptop gua.

** 

gua syak macam ni la iras-iras marrisa umur 22tahun.



Lu orang jangan marah-marah, nanti gua pujuk la marrisa balik.


Nota: Tak salah sekali sekala bergurau dengan anak ye dak.

Friday, November 25

Kucing berenjin-Antara alien atau kucing

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Bunyi itu menyebabkan lamunan gua terhenti. Dimana dalam lamunan tersebut gua menjadi masked rider tengah cemas-cemas untuk rembat raksasa puaka. “cis baru nak jadi gaban, potong lak”. Gua amati bunyi tersebut masih lagi ada. Macam bunyi enjin lori lepaskan dihidupkan. Tapi tak mungkin sebab, perlahan sikit.

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Dengan semangat oltromen taro, gua tanpa rasa malu, terus terjun dari katil untuk mencari punca bunyi tersebut. Dalam kepala hotak gua yang fresh hanya fikir kereta tamiya dash yankuro gua hidup secara otometik. Tapi mana mungkin, ia nya hendaklah dihidupkan secara manual. Atau khaizad, yang datang rumah gua semata-mata nak datang umah gua, nak tayang kereta tamiya baru dia. “Cis!..jat! jat! Kau jangan main2..datang umah gua tak bagi salam, perangai serupa komunis!” teriak gua. Tapi tiada sahutan. Pantas gua garu kepala gua yang tak gatal. 

Macam ni model kereta gua, kalau korang tak tau kereta ni popular pada tahun 90an. dan ade cerita katun dash yankuro.


“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Lebih kurang 30minit bersamaan setengah jam gua mencari bunyi tersebut dengan tabah, akhirya gua dapat dimana datangnya bunyi tersebut. Sah datangnya dari makhluk tuhan paling comel, iaitu kucing gua. Gua pandang tepat kearah mata kucing tersebut macam gaban nak start berkelahi dengan raksasa laut.

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Gua rapatkan telinga kedada kucing, jelas dan kuat bunyi enjin tersebut, gua memang ada kepakaran mendengar bunyi dengan jelas, tambahan gua masih muda, untuk cacat pendengaran agak tak kena pada masa itu. Pada masa tu, gua dah rasa tak sedap hati, sifat suuzon (buruk sangka) sudah menguasai diri. “Adakah kucing gua menelan enjin kereta tamiya gua” “Adakah lu alien yang diutus untuk menghancurkan bumi” “ Adakah kau robot kucing macam doraemon?” “Adakah kau kucing jadian!” bertalu-lalu soalan songsang gua lontarkan kepada kucing tersebut. Tapi tiada sebarang jawapan gua terima dari kucing tersebut, malahan kucing itu boleh jilat-jilat badan dengan aksi comel. HUH!!

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

………………………………………..

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Tahun berganti tahun, sekarang gua dah besar. Discovery Channel pun dah ada, ditambah pulak dengan dunia tanpa sempadan. Jadi gua tahu sebab apa kucing berbunyi enjin. Sebab memang kucing bernafas berbunyi enjin. Dah aku malas nak ulas. Korang cari sendiri sebab apa. 
Ini kucing bukan berok!




NOTA: Entri ni kisah gua masa umur 6 tahun kot, tadika, jadi semua benda gua nak tahu. Biasalah budak lagikan

Thursday, November 24

Nur Marissa Farzana

Orang cakap mata, hidung, mulut gua sama macam budak ni, macamni la kot rupa NurMarissa  Farzana.

“Kakak, nanti kat sekolah jangan nakal-nakal, belajar rajin-rajin, petang kang, tunggu sampai walid datang.” Pesan ku kepada Marissa. Nur Marissa Farzana adalah anak sulung aku, ya dia seorang anak perempuan yang sangat comel. Sudah berumur 5tahun dan dia sekarang sangat keletah. Kuat membebel macam mummy dia juga.

“Walid, salam!..hehehe.” tangan comel dihulur lalu disambut oleh aku. Tanganku dikucup erat. Aku membelai rambut sicomel ini. “kakak, sini, walid betulkan pin rambut, jangan lasak sangat tau.” Pesanku kepada marissa. “ala walid ni, kakak tau la, pinkan cantik-cantik tau walid. Heehhe” ada saja yang dijawab oleh marissa. ‘Kakak’ adalah panggilan manja untuk marissa dalam keluarga kami.

“okeh siap, dah, kakak sini, walid nak kiss.” Kucupan mesra ku lepaskan didahi sicomel. “errmmm, okeh walid, kakak dah nak masuk tadika ni.” Lancar tanpa sebarang pelat pun dijawab oleh marissa. “iye , walid tahu.” Jawabku pula. Kupimpin tangan marissa sehingga betul-betul didepan pintu kelas tadika marissa. Bukan apa, ni tahun pertama dia bersekolah, jadi sebagai seorang ayah, aku sangat risau tentang keaadannya, ditambah dengan jenayah kepada anak kecil sering berlaku. Aku ingin pastikan dia selamat.

“Babai walid, walid pun jangan nakal ye, dan dont forget to pick up kakak ye walid, kalau lambat malam ni kena bacakan buku lagi..hehehehe” petah marissa bersuara seperti sedang mengejek. Aku tersenyum memandang wajah comel anakku. “eleh sicomel ni, lambat tak lambat memang walid juga yang akan bacakan buku tiap-tiap malam sebelum tidur, hehe” luah ku didalam hati sambil tangan melambai Marissa.

Setelah kupastikan Marissa betul-betul berada didalam tadika, aku pergi ke kereta, aku lihat jam ditangan, aku perlu kepejabat. Begitulah rutin harian aku, setiap pagi akan menghantar Marissa ke tadika dan akan menjemputnya pulang pada waktu petang.

Sebelum aku menekan minyak untuk beredar, aku merenung kearah tadika dimana tempat Marissa bersekolah. “Walid sayang kakak sangat-sangat, doa walid agar Marissa membesar sihat, solehah, dan tergolong menjadi orang-orang yang beriman. Kau adalah nyawa walid.” Doa ku didalam hati dengan mata yang berkaca.

Sepanjang perjalanan menuju kepejabat, bermacam-macam yang bermain difikiran aku, “bagaimana, anak perempuan ku bila besar nanti.?” “Nanti ada orang add dia di fesbuk, ajak keluar, pegang-pegang tangan, ajak pergi tempat-tempat sunyi.” “bagaimana pula orang mengorat dia, kacau dia time dia tunggu bas.” “dan siapakah yang menjadi imam, suami kepada marissa.? Huhuhu doa walid agar kau bertemu dengan jodohmu, imammu, yang tergolong dalam golongan yang beriman.


...................................................................


“Fuhhhhhhh, susah juga ea ada anak perempuan.” Omel gua didalam hati. 




NOTA: Jangan Tanya Mummy die sape, kalau taknak kena tendang.

Monday, November 21

Anjing yang bijak.

Lebih kurang setahun lepas, ketika waktu menunjukkan jam 4.28minit petang, perut gua tiba2 boleh buat gigs twisties bingit.

Gua tau dah, apa perut gua nak, heh, secepat kilat gua siap, mandi pakai baju, zip seluar, pakai bedak sejuk....Gua klentong je pakai bedak sejuk, apa gila gua pakai bedak sejuk, ingat gua beranak ke hape.

Gua target kedai mamak kaler biru tuh jadi sasaran gua. Memandangkan sudah maklum badan gua sasa dan mengiurkan jadi nampak bangang kalau gua naik motor atau kereta setakat warong mamak tak sampai 2 kilometer persegi tuh. jadi gua jalan kaki, baru nampak cam mat salleh ye dak. 

Tengah syok gua jalan macam sam bunkface, tibe-tibe "wooof woooff wooooff!" cilake betul taip bunyi anjing. Gua toleh belakang ade 3 ekor anjing ngah nyalak gua.."apa kes!!!" gua cakap balik ngan anjing tersebut.

Tibe-tibe dada bedebar lain macam, nak lari lutut gua sakit sebab main futsal sebelum tuh. "Aduhai".........

Tiba-tiba gua nampak pokok betul2 depan gua. Apalagi gua berdiri senyap2 sebelah pokok tu sambil pegang daun ngan ranting. Gua harap dia tak perasan penyamaran gua. 

Woooooooofffff!!!! woooffff!!!  anjiang tuh menyalak lagi kat gua, gua syak, anjing ni dapat beza la antara gua dengan pokok. Apesal anjing makin bijak????. 



Nota:patahkan ranting baling kat anjing comel, pastu anjing tuh tangkap, then bagi kite balik ranting tuh...sweet kan..hahahaha haram woiii, kene samak kang..

Friday, November 18

Tak sedia

Habis kerja gua terus pergi kedai cendol depan bank BSN bandar seri putra. Hajat dihati bukan nak beli cendol pun, cuma nak bungkus goreng pisang 2 3 ringgit. Nak bawak balik nak makan sambil tengok drama. Seryes in giler makan goreng pisang sambil tengok drama.

Kebetulan ada sorang makwe tengah terkebil-kebil nak pilih kuih. Aku biarkan makwe tu pilih dulu, malas nak sailang-sailang ni, tentu2 kene pakai banyak tenaga, nak-nak gua baru balik kerja, jadi tenaga gua dah gua dermakan pada kerja tadi. mula-mula gua buat tak pot je, sampai la makwe tuh nak bayar.  

Makwe tu keluarkan not RM50 hulur pada makcik goreng pisang tuh. "Alah dik, besarnya duit, mak cik takda duit kecik la dik." Seraya itu mak cik tadi bersuara. "Cilakak belagak betul makwe ni" omel gua dalam hati. "Yeke, maaf makcik, jap ea". balas makwe tadi dengan buat muka sidikit berkerut. Baru gua perasan yang makwe tadi gila cun, ala-ala muka jerman plus melayu, nak -nak dikenakan dengan tudung bawal pink tambah blous putih bunga pink, seluar coklat. 

"Sekejap ye makcik" Makwe tadi gelabah pergi kat kereta kelisa dia, tak sampai 2minit, makwe tadi datang dengan mengenggam duit syiling. Beg tangan yang sedia terkepit diketiaknya juga digodak-godak seolah-olah mencari sesuatu. Wajahnya kelihatan sedikit tak tenang. 

Sebelum makwe tu terus gelabah depan gua, gua pun sambil tangan masuk poket seluar bersuara. "ermmm makcik, berapa harga kuey dia" sejurus kemudian tangan menghulur not RM sepuluh pada makcik goreng pisang tadi. "6ringgit je dik," jawab makcik tadi ragu-ragu nak terima duit yang aku hulur. Makwe tadi lak tibe-tibe terkejut macam kene santet. "eh awak, tak payah lah, saya ade duit kecik, kejap saya cari" Sambil mengodak2 beg tangan berwarna hitam, bertambah resah diraut wajah comel makwe tadi. 

"Eeh minah ni, gua nak tolong lu, lu lagi gelabah" protes gua dalam hati. Gua bukan apa, gua nak cepat nak bungkus goreng pisang, nak balik nak layan drama, kang gua terlepas lagu intro yang Adi Putra nyanyi. 



.........................................................


Bersambung....

Cinta Untuk Mohd - Sekuel

Ntah macam mana, ada satu hari Azila ajak Mohd keluar. Mohd bergegas cari duit dalam kocek seluar jeans. Dapat juga dua puluh ringgit lebih. Lepas laa buat isi minyak.

Sampai saja Mohd nampak Azila sudah menunggu dengan baju kurung kaler purple. Memang cantik bukan main. Mohd duduk tepi Azila, wangi. Mohd pun berborak borak dengan Azila. Borak punya borak, Azila tanya satu soalan.

"Mohd taknak cari makwe lain?", Azila tanya pakwe lamanya itu dengan nada serius.

"Nak. Tapi Mohd dah tak reti mengurat la". Kata Mohd pula. Jelas sangat menipu.

"Ah ada pulok gitu gaye?", balas makwe langsung tak percaya. Langsung tercakap Pahang, tadi kemain cakap Kuala Lumpur.

"Betul..sekarang ni jumpa makwe solid je lidah Mohd jadi kelu.
Azila tolong cari untuk Mohd boleh?"

"Boleh. Mohd nak yang macam mana?", Azila jawab yakin. Macam tokei kedai sport rim dia punya perangai.

"Yang muka serupa Azila, lesung pipit serupa Azila, body serupa Azila, gelak serupa Azila, perangai serupa Azila.", balas Mohd pula, "boleh?"

Azila diam tak kata apa.











Adaptasi dari blog Poyotito's Abdullah

Siapa mati dulu.

Diwaktu malam yang hening, hanya ditemani cahaya bulan. Sesekali kedengaran cengkerik berbunyi umpama sedang bermain pok amai-amai. Nun diberanda rumah Semi D, berkaler jingga cair kelihatan sepasang suami isteri sedang berbual mesra, umpama pakwe makwe bermadu asmaradana.

Si suami memandang muka isterinya yang comel itu, lebih-lebih lagi dengan sinaran cahaya bulan, menambahkan seri kecomelan isterinya. Dengan penuh steady umpama Johnny Deep, si suami menanyakan sesuatu pada isterinya.

Suami: “Sayang, abang nak Tanya sesuatu boleh?”

“Mestilah boleh bang. Jangan kata Tanya, abang nak menyanyi pun boleh, keh keh keh”. Si isteri menjawab dengan sedikit mengekek, tak tumpah seperti fasha sendat ketawa bila diusik oleh Johan Asshari.

Dalam hati suaminya, mahu sahaja dia starlight dahi isterinya. Namun dia lelaki yang penyanyang, tak mungkin dia melakukan seperti itu terhadap isterinya. Lebih-lebih pun ciuman padu yang singgah pada pipi mulus isterinya.

Tuntas suami bertanya lagi.

Suami: “Ermm, antara kita berdua siapa yang ayang nak mati dulu?”

Dengan sedikit berkerut didahi, isteri tuntas menjawab “Ok, kalau ayang, ayang yang nak mati dulu sebelum abang”.

“Sebab?”

“Sebab Ayang tak sanggup nak tengok abang mati.”
Jawab isteri dengan sayu, “hmmmm Abang pula?

“Kalau abang, abang juga harap ayang yang mati dulu..” Dijawab oleh suami dengan penuh konfiden.

“KENAPA”
jawab si isteri dengan nada yang tinggi, sehingga garau-garau suara isterinya.

“Sebab abang nak bahagiakan sayang sehingga akhir hayat sayang, abang tak yakin ada orang lain boleh bahagiakan sayang sepertimana abang bahagiakan sayang” Jawab suami dengan nada sebak.

Si isteri memandang wajah suaminya dengan mata yang berkaca, Dengan pantas suami menyapu airmata isterinya dengan hujung jari.




 Nota: Gua nak tanya lu orang, kamu rela orang yg dicintai setengah mati.mati dahulu, atau korang yang nak mati dulu...?