Friday, June 15

SPAIN 4 - REP OF IRELAND 0


"Kami main power ibarat sutera, penuh seni, badan sedap, seksi, ada sixpek, makwe lawo. Apa lagi nak?! ha!!"












Tuesday, June 12

Jerman- Euro 2012

"..Kereta Jerman menjanjikan keselesaan dan penyelangaraan ditahap tinggi."

Group B
FT : GERMANY 1 : PORTUGAL 0
      (Mario Gomez 72')


Kereta Jerman memang sedap.

Anda pernah memandunya?



Friday, June 1

Menanti Redup.

Semenjak masuk kerja bulan lepas, rekod kedatangan Razman Khuzaimi memang lambat. Selama sebulan itulah kad ketiknya selalu merah. Pelbagai alasan bukan jawapan sudah diberikan kepada majikannya.

Majikan Razman Khuzaimi telah memberi amaran supaya Razman memberhentikan sikapnya. Maka malam itu dia tidur awal. Dengan harapan esok pagi dia bangun awal dan datang awal ke tempat kerja.

Entah dimana silapnya, Razman bangun lewat pagi itu. Mimpi indahnya mandi bersama Najua Boltz ditepi tasik terganggu. Baru sahaja Razman mahu menjadi musang, tiba-tiba terjaga, itupun disebabkan cahaya matahari melepasi ruang tingkap lalu menyapu muka Razman. Kalau nak harap jam loceng, mungkin jangan diharap.

Razman bersiap ke tempat kerja dengan tangkas dan laju. Membonceng motosikal juga dengan laju ibarat rama-rama bertangkup membelah pelangi.

Sesampainya Razman dipejabat, Rita Ruzaini iaitu assistant majikanya memberi pesanan supaya Razman berjumpa majikanya sekarang juga.

Kelat Razman melangkah, menapak langkah demi langkah menuju bilik majikanya.

“Alasan hujan lebat lagi ke?! Nak tunggu hujan lebat berhenti ke?!” Bentak majikanya dengan suara yang agak tegang.

“Sebenarnyaaaa…” Razman membalas lambat.

“Sebenarnyaa apaaa!!!” Majikannya membulatkan mata.

“Sebenarnya..Harini panas, jadi saya tunggu cuaca redup.” Tenang dan penuh keyakinan Razman menjawab.

Semenjak haritu, Razman tidak kelihatan lagi disyarikat.