Friday, November 25

Kucing berenjin-Antara alien atau kucing

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Bunyi itu menyebabkan lamunan gua terhenti. Dimana dalam lamunan tersebut gua menjadi masked rider tengah cemas-cemas untuk rembat raksasa puaka. “cis baru nak jadi gaban, potong lak”. Gua amati bunyi tersebut masih lagi ada. Macam bunyi enjin lori lepaskan dihidupkan. Tapi tak mungkin sebab, perlahan sikit.

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Dengan semangat oltromen taro, gua tanpa rasa malu, terus terjun dari katil untuk mencari punca bunyi tersebut. Dalam kepala hotak gua yang fresh hanya fikir kereta tamiya dash yankuro gua hidup secara otometik. Tapi mana mungkin, ia nya hendaklah dihidupkan secara manual. Atau khaizad, yang datang rumah gua semata-mata nak datang umah gua, nak tayang kereta tamiya baru dia. “Cis!..jat! jat! Kau jangan main2..datang umah gua tak bagi salam, perangai serupa komunis!” teriak gua. Tapi tiada sahutan. Pantas gua garu kepala gua yang tak gatal. 

Macam ni model kereta gua, kalau korang tak tau kereta ni popular pada tahun 90an. dan ade cerita katun dash yankuro.


“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Lebih kurang 30minit bersamaan setengah jam gua mencari bunyi tersebut dengan tabah, akhirya gua dapat dimana datangnya bunyi tersebut. Sah datangnya dari makhluk tuhan paling comel, iaitu kucing gua. Gua pandang tepat kearah mata kucing tersebut macam gaban nak start berkelahi dengan raksasa laut.

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Gua rapatkan telinga kedada kucing, jelas dan kuat bunyi enjin tersebut, gua memang ada kepakaran mendengar bunyi dengan jelas, tambahan gua masih muda, untuk cacat pendengaran agak tak kena pada masa itu. Pada masa tu, gua dah rasa tak sedap hati, sifat suuzon (buruk sangka) sudah menguasai diri. “Adakah kucing gua menelan enjin kereta tamiya gua” “Adakah lu alien yang diutus untuk menghancurkan bumi” “ Adakah kau robot kucing macam doraemon?” “Adakah kau kucing jadian!” bertalu-lalu soalan songsang gua lontarkan kepada kucing tersebut. Tapi tiada sebarang jawapan gua terima dari kucing tersebut, malahan kucing itu boleh jilat-jilat badan dengan aksi comel. HUH!!

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

………………………………………..

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Tahun berganti tahun, sekarang gua dah besar. Discovery Channel pun dah ada, ditambah pulak dengan dunia tanpa sempadan. Jadi gua tahu sebab apa kucing berbunyi enjin. Sebab memang kucing bernafas berbunyi enjin. Dah aku malas nak ulas. Korang cari sendiri sebab apa. 
Ini kucing bukan berok!




NOTA: Entri ni kisah gua masa umur 6 tahun kot, tadika, jadi semua benda gua nak tahu. Biasalah budak lagikan

Thursday, November 24

Nur Marissa Farzana

Orang cakap mata, hidung, mulut gua sama macam budak ni, macamni la kot rupa NurMarissa  Farzana.

“Kakak, nanti kat sekolah jangan nakal-nakal, belajar rajin-rajin, petang kang, tunggu sampai walid datang.” Pesan ku kepada Marissa. Nur Marissa Farzana adalah anak sulung aku, ya dia seorang anak perempuan yang sangat comel. Sudah berumur 5tahun dan dia sekarang sangat keletah. Kuat membebel macam mummy dia juga.

“Walid, salam!..hehehe.” tangan comel dihulur lalu disambut oleh aku. Tanganku dikucup erat. Aku membelai rambut sicomel ini. “kakak, sini, walid betulkan pin rambut, jangan lasak sangat tau.” Pesanku kepada marissa. “ala walid ni, kakak tau la, pinkan cantik-cantik tau walid. Heehhe” ada saja yang dijawab oleh marissa. ‘Kakak’ adalah panggilan manja untuk marissa dalam keluarga kami.

“okeh siap, dah, kakak sini, walid nak kiss.” Kucupan mesra ku lepaskan didahi sicomel. “errmmm, okeh walid, kakak dah nak masuk tadika ni.” Lancar tanpa sebarang pelat pun dijawab oleh marissa. “iye , walid tahu.” Jawabku pula. Kupimpin tangan marissa sehingga betul-betul didepan pintu kelas tadika marissa. Bukan apa, ni tahun pertama dia bersekolah, jadi sebagai seorang ayah, aku sangat risau tentang keaadannya, ditambah dengan jenayah kepada anak kecil sering berlaku. Aku ingin pastikan dia selamat.

“Babai walid, walid pun jangan nakal ye, dan dont forget to pick up kakak ye walid, kalau lambat malam ni kena bacakan buku lagi..hehehehe” petah marissa bersuara seperti sedang mengejek. Aku tersenyum memandang wajah comel anakku. “eleh sicomel ni, lambat tak lambat memang walid juga yang akan bacakan buku tiap-tiap malam sebelum tidur, hehe” luah ku didalam hati sambil tangan melambai Marissa.

Setelah kupastikan Marissa betul-betul berada didalam tadika, aku pergi ke kereta, aku lihat jam ditangan, aku perlu kepejabat. Begitulah rutin harian aku, setiap pagi akan menghantar Marissa ke tadika dan akan menjemputnya pulang pada waktu petang.

Sebelum aku menekan minyak untuk beredar, aku merenung kearah tadika dimana tempat Marissa bersekolah. “Walid sayang kakak sangat-sangat, doa walid agar Marissa membesar sihat, solehah, dan tergolong menjadi orang-orang yang beriman. Kau adalah nyawa walid.” Doa ku didalam hati dengan mata yang berkaca.

Sepanjang perjalanan menuju kepejabat, bermacam-macam yang bermain difikiran aku, “bagaimana, anak perempuan ku bila besar nanti.?” “Nanti ada orang add dia di fesbuk, ajak keluar, pegang-pegang tangan, ajak pergi tempat-tempat sunyi.” “bagaimana pula orang mengorat dia, kacau dia time dia tunggu bas.” “dan siapakah yang menjadi imam, suami kepada marissa.? Huhuhu doa walid agar kau bertemu dengan jodohmu, imammu, yang tergolong dalam golongan yang beriman.


...................................................................


“Fuhhhhhhh, susah juga ea ada anak perempuan.” Omel gua didalam hati. 




NOTA: Jangan Tanya Mummy die sape, kalau taknak kena tendang.

Monday, November 21

Anjing yang bijak.

Lebih kurang setahun lepas, ketika waktu menunjukkan jam 4.28minit petang, perut gua tiba2 boleh buat gigs twisties bingit.

Gua tau dah, apa perut gua nak, heh, secepat kilat gua siap, mandi pakai baju, zip seluar, pakai bedak sejuk....Gua klentong je pakai bedak sejuk, apa gila gua pakai bedak sejuk, ingat gua beranak ke hape.

Gua target kedai mamak kaler biru tuh jadi sasaran gua. Memandangkan sudah maklum badan gua sasa dan mengiurkan jadi nampak bangang kalau gua naik motor atau kereta setakat warong mamak tak sampai 2 kilometer persegi tuh. jadi gua jalan kaki, baru nampak cam mat salleh ye dak. 

Tengah syok gua jalan macam sam bunkface, tibe-tibe "wooof woooff wooooff!" cilake betul taip bunyi anjing. Gua toleh belakang ade 3 ekor anjing ngah nyalak gua.."apa kes!!!" gua cakap balik ngan anjing tersebut.

Tibe-tibe dada bedebar lain macam, nak lari lutut gua sakit sebab main futsal sebelum tuh. "Aduhai".........

Tiba-tiba gua nampak pokok betul2 depan gua. Apalagi gua berdiri senyap2 sebelah pokok tu sambil pegang daun ngan ranting. Gua harap dia tak perasan penyamaran gua. 

Woooooooofffff!!!! woooffff!!!  anjiang tuh menyalak lagi kat gua, gua syak, anjing ni dapat beza la antara gua dengan pokok. Apesal anjing makin bijak????. 



Nota:patahkan ranting baling kat anjing comel, pastu anjing tuh tangkap, then bagi kite balik ranting tuh...sweet kan..hahahaha haram woiii, kene samak kang..

Friday, November 18

Tak sedia

Habis kerja gua terus pergi kedai cendol depan bank BSN bandar seri putra. Hajat dihati bukan nak beli cendol pun, cuma nak bungkus goreng pisang 2 3 ringgit. Nak bawak balik nak makan sambil tengok drama. Seryes in giler makan goreng pisang sambil tengok drama.

Kebetulan ada sorang makwe tengah terkebil-kebil nak pilih kuih. Aku biarkan makwe tu pilih dulu, malas nak sailang-sailang ni, tentu2 kene pakai banyak tenaga, nak-nak gua baru balik kerja, jadi tenaga gua dah gua dermakan pada kerja tadi. mula-mula gua buat tak pot je, sampai la makwe tuh nak bayar.  

Makwe tu keluarkan not RM50 hulur pada makcik goreng pisang tuh. "Alah dik, besarnya duit, mak cik takda duit kecik la dik." Seraya itu mak cik tadi bersuara. "Cilakak belagak betul makwe ni" omel gua dalam hati. "Yeke, maaf makcik, jap ea". balas makwe tadi dengan buat muka sidikit berkerut. Baru gua perasan yang makwe tadi gila cun, ala-ala muka jerman plus melayu, nak -nak dikenakan dengan tudung bawal pink tambah blous putih bunga pink, seluar coklat. 

"Sekejap ye makcik" Makwe tadi gelabah pergi kat kereta kelisa dia, tak sampai 2minit, makwe tadi datang dengan mengenggam duit syiling. Beg tangan yang sedia terkepit diketiaknya juga digodak-godak seolah-olah mencari sesuatu. Wajahnya kelihatan sedikit tak tenang. 

Sebelum makwe tu terus gelabah depan gua, gua pun sambil tangan masuk poket seluar bersuara. "ermmm makcik, berapa harga kuey dia" sejurus kemudian tangan menghulur not RM sepuluh pada makcik goreng pisang tadi. "6ringgit je dik," jawab makcik tadi ragu-ragu nak terima duit yang aku hulur. Makwe tadi lak tibe-tibe terkejut macam kene santet. "eh awak, tak payah lah, saya ade duit kecik, kejap saya cari" Sambil mengodak2 beg tangan berwarna hitam, bertambah resah diraut wajah comel makwe tadi. 

"Eeh minah ni, gua nak tolong lu, lu lagi gelabah" protes gua dalam hati. Gua bukan apa, gua nak cepat nak bungkus goreng pisang, nak balik nak layan drama, kang gua terlepas lagu intro yang Adi Putra nyanyi. 



.........................................................


Bersambung....

Cinta Untuk Mohd - Sekuel

Ntah macam mana, ada satu hari Azila ajak Mohd keluar. Mohd bergegas cari duit dalam kocek seluar jeans. Dapat juga dua puluh ringgit lebih. Lepas laa buat isi minyak.

Sampai saja Mohd nampak Azila sudah menunggu dengan baju kurung kaler purple. Memang cantik bukan main. Mohd duduk tepi Azila, wangi. Mohd pun berborak borak dengan Azila. Borak punya borak, Azila tanya satu soalan.

"Mohd taknak cari makwe lain?", Azila tanya pakwe lamanya itu dengan nada serius.

"Nak. Tapi Mohd dah tak reti mengurat la". Kata Mohd pula. Jelas sangat menipu.

"Ah ada pulok gitu gaye?", balas makwe langsung tak percaya. Langsung tercakap Pahang, tadi kemain cakap Kuala Lumpur.

"Betul..sekarang ni jumpa makwe solid je lidah Mohd jadi kelu.
Azila tolong cari untuk Mohd boleh?"

"Boleh. Mohd nak yang macam mana?", Azila jawab yakin. Macam tokei kedai sport rim dia punya perangai.

"Yang muka serupa Azila, lesung pipit serupa Azila, body serupa Azila, gelak serupa Azila, perangai serupa Azila.", balas Mohd pula, "boleh?"

Azila diam tak kata apa.











Adaptasi dari blog Poyotito's Abdullah

Siapa mati dulu.

Diwaktu malam yang hening, hanya ditemani cahaya bulan. Sesekali kedengaran cengkerik berbunyi umpama sedang bermain pok amai-amai. Nun diberanda rumah Semi D, berkaler jingga cair kelihatan sepasang suami isteri sedang berbual mesra, umpama pakwe makwe bermadu asmaradana.

Si suami memandang muka isterinya yang comel itu, lebih-lebih lagi dengan sinaran cahaya bulan, menambahkan seri kecomelan isterinya. Dengan penuh steady umpama Johnny Deep, si suami menanyakan sesuatu pada isterinya.

Suami: “Sayang, abang nak Tanya sesuatu boleh?”

“Mestilah boleh bang. Jangan kata Tanya, abang nak menyanyi pun boleh, keh keh keh”. Si isteri menjawab dengan sedikit mengekek, tak tumpah seperti fasha sendat ketawa bila diusik oleh Johan Asshari.

Dalam hati suaminya, mahu sahaja dia starlight dahi isterinya. Namun dia lelaki yang penyanyang, tak mungkin dia melakukan seperti itu terhadap isterinya. Lebih-lebih pun ciuman padu yang singgah pada pipi mulus isterinya.

Tuntas suami bertanya lagi.

Suami: “Ermm, antara kita berdua siapa yang ayang nak mati dulu?”

Dengan sedikit berkerut didahi, isteri tuntas menjawab “Ok, kalau ayang, ayang yang nak mati dulu sebelum abang”.

“Sebab?”

“Sebab Ayang tak sanggup nak tengok abang mati.”
Jawab isteri dengan sayu, “hmmmm Abang pula?

“Kalau abang, abang juga harap ayang yang mati dulu..” Dijawab oleh suami dengan penuh konfiden.

“KENAPA”
jawab si isteri dengan nada yang tinggi, sehingga garau-garau suara isterinya.

“Sebab abang nak bahagiakan sayang sehingga akhir hayat sayang, abang tak yakin ada orang lain boleh bahagiakan sayang sepertimana abang bahagiakan sayang” Jawab suami dengan nada sebak.

Si isteri memandang wajah suaminya dengan mata yang berkaca, Dengan pantas suami menyapu airmata isterinya dengan hujung jari.




 Nota: Gua nak tanya lu orang, kamu rela orang yg dicintai setengah mati.mati dahulu, atau korang yang nak mati dulu...?