Thursday, March 29

SMS

Gua ambil henfon Nokia warna biru, terus gua taip secara laju dan berhemat. Sms itu berbunyi " Salam, nanti kalau lu sampai Bandar Baru Bangi, Lu cari warta bangi, kalau tak jumpa kol gua balik". 


Selesai menaip sms secara laju, gua terus tekan send. pap pap pap terus delivered.


Selang beberapa minit kemudian, henfon Nokia gua berbunyi menandakan sms masuk.


Gua dah agak sms ini adalah jawapan dari sms yang gua hantar tadi.


Gua pandang skrin henfon dengan penuh geram. Sms dia bertulis " K "




**********

Nohoromm!!


Dah kalau lu cuma tulis "K", Gua nak reply apa?! "KPOP"?!

Wednesday, March 21

Gua Nak Cari Remaja Bermain Bola.

Setelah menonton beberapa perlawanan Pasukan Bola Sepak Malaysia. Apa yang boleh gua katakan, gua taknak pasukan Malaysia akan terus dibangangkan. Pasal FAM, gua malas ulas, lu orang faham-faham sendiri.


Gua harus bertindak!


Dengan ini gua nak cari beberapa remaja untuk menyertai akademi bola sepak yang bakal gua tubuhkan nanti.


syarat-syaratnya mudah:


1.Bawah 15tahun. (Belajar lingkup atau tak, gua tak kisah)
2.Cukup sekadar berwawasan dan bersemangat punk hantu bola sepak yang jitu.
3.Sanggup dilatih secara rare dan berkualiti antarabangsa.
4.Spirit nak menang yang kuat.

5.Sanggup berjauhan dengan keluarga
6.Dan akhir sekali bebas dari penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Kalau lu orang ada anak-anak dan adik atau sesiapa je lu rasa nak dan berkelayakan seperti diatas sila email gua (maz_lant@yahoo.com.my)

Gua sekarang dalam bekira-kira mahu pajakkan belog ni, agar duit tu gua boleh tampung untuk bina Akademi dilengkapi 2padang latihan, asrama, dewan makan, 4 orang jurulatih, 2 fisioterapi. Segalanya dalam perancangan.


************************
Apahal sengih-sengih?.
Gua Serious.
Gua tak main main.
Jangan sampai gua cekik leher lu sampai sesak napas.

Tuesday, March 20

Parlimen

Di Malaysia


Di UK



Di Parlimen Malaysia:
  1. Parlimen Di Malaysia merupakan warisan British.
  2. 5minit Berdebat bende-bende taik.
  3. Ada meja dan kerusi empuk, sedap tidur
  4. Itupun ramai yang ponteng
  5. PM tak jawab soalan (bangang)
  6. Sakit otak- sakit otak
  7. Speaker yang tak pandai nak handle.
  8. Bangang.
Di Parlimen UK
  1. Parlimen di UK merupakan warisan British.
  2. Ada kerusi empuk sikit dari bas kilang.
  3. ruang sempit takda meja.
  4. Kehadiran MP penuh.
  5. Tiada yang tidur.
  6. PM jawab soalan ketua pembangkang
  7. Speaker bijak mengendalikan sesi perdebatan
  8. Poweeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrrr (tengok tak sakit otak)

Thursday, March 8

Ceriter Disebalik Brader Posmen.


"In Pos Malaysia, the minimum wage is RM635 a month.
For TNB, it is RM750.
Petronas is RM1,050,
and Telekom Malaysia is RM800"

******


Kat berita hari ini gua dengar Pos Malaysia punya biznes ada untung besar. Brader-brader posmen aku tengok, still macam tu jugak. Jarang sangat gua tengok brader-brader posman pakai kereta Honda macam brader kastam.


Pejabat pos dan brader posmen, memang dah lama ngam dengan gua sejak gua aktif scene mailorder dari 1995. Gua dan pos malaysia dah umpama cubit peha kanan peha kiri terasa juga. Walaupun selalau bergaduh tapi gua tetap sayang sama jabatan pos ni.


Gua harap pihak-pihak atasan, kasi lebih sikit laa kat brader-brader pos ni. Untung banyak tapi makan sorang-sorang. Apa cerita ni. Lu jangan sampai budak-budak boikot. Tak pasal-pasal lu kena hantar surat satu-satu keping pakai kereta BMW lu... Bukan apa, budak-budak posmen lu kasi jaga la sikit. Moto diorang pun gua dengar kadang dah tak macam ex5, bunyi dah rupa trak askar.


Untuk kita pulak, jangan la kurang hajar dengan posmen-posmen yang datang hantar surat. Jangan jalan terkedek-kedek kalau dia horn mintak sign surat. Kasi lari anak sikit. Tunjukkan kita ni ada belas kasihan dia dia. Dah la tengah panas terik, pakai unifrom yang bukan-bukan. Dengan helmet lagi yg melikit-lekit.


Yang bela anjing besar kuda, gigi taring tu ... sila latih anjing untuk sayangkan posmen. Tampal poster, buat patung posmen di merata-rata kawasan rumah. Biar anjing kenal posmen adalah orang yang baik. Bukan penjahat.




Gua tanya laa,
berapa ramai yang pernah jemput posmen masuk rumah join makan nasik sekali?
Berapa ramai kat luar sana pernah bungkuskan pengat kat posmen?
Cakap terima kasih pun gua rasa jarang-jarang.


***


Tapi kalau jenis posmen yang suka letak surat kemudian langgar tong sampah,
memang gua maki jugak!!! kah kah kah kah!!




***
p/s: sapa kerja posmen tapi tak into hobi kumpul setem memang betul2 bangang!!!!

*****************************

Gua Sangat berkesan baca belog ni, jadi gua simpan entri lu yang ni Jimbo Halalkan yek.

Tuesday, March 6

Misteri Selipar Biru

Dengan cuaca yang boleh dikatakan terik, gua mempercepatkan langkah menuju ke ofis. Sesekali gua pandang jam ditangan, kemudian gua terus fokus pada sesi jalan kaki.

Dalam keadaan yang fokus tersebut, gua mendapati sesuatu yang tidak selesa pada kaki gua, gua berhenti, gua pandang kaki. Selipar yang gua pakai sudah putus. Malas untuk memikirkan kaedah berkesan yang sesuai untuk meneruskan sesi jalan kaki gua, gua terus lempar selipar tersebut ke dalam semak.

Akhirnya gua berkaki ayam terus masuk ke opis. Bukan jauh pun, kedai makan tu selang 2 lot bangunan kedai je dari opis gua.

Dan disebabkan gua tak banyak becakap sangat beberapa minggu ni. Gua ceriter la kat blog ni.

Begitulah cerita dia tuan-tuan dan puan-puan.