Tuesday, January 17

Gua Hampir Jadi Pelumba Basikal Negara



Tangan menggenggam ketat handle, kaki kemas diletakkan diatas paddle, mata tepat memandang kehadapan. “Satuuuu! Duaaaa! Tigaaaa!!! Mulaaaa….!!!” Jerit Nazim sambil mengibas bajunya. Gua dengan penuh inzal tanpa mempedulikkan keadaan sekeliling, pantas menjana tenaga untuk mengayuh basikal sekuat dan sepantas sial yang mungkin. Selain gua, ada 6 orang lagi manusia yang merempit basikal petang tersebut. Namun kekhuatiran gua tertumpu kepada Ocit, budak kampong sebelah. Dia punya power itu jam kalau kayuh basikal macam setan, kemain laju dan berahi die mengayuh.

Yes!! Memang gua dah agak, ocit memang sangat challenger, ape punyer sial, gua dah meneran habis mengayuh ni, dia dah ada kat depan dalam anggaran 5 tapak kaki. Gua syak 2 je ocit ni, tak dia pakai hantu raya, dia isap dadah. Peh! Power jugak fitnah gua kah kah kah. Dalam kampong gua, gua ni dikira lejen selain ijat, tapi ijat mak die had kan penggunaan basikal, jadi kelejenan tu terpaksa gua pikul sesorang, hahahaha! Giler babi angkuh!.

“Ah! Gua takkan mengaku kalah dengan budak kpop ni!” tebak gua dalam hati. 4 contestants lain gua tak hirau mana, yang gua perasaan dah bertiang jugak kene tinggal. Gua dengan semangat kepahlawanan melayu, pantang undur biar lebur, gua tingkatkan momentum internal energy, sambil memacu teori kerelatifan khas, dimana pada keadaan tertentu bagi kerangka rujukan inersia dalam ruang masa yang mendatar dan kerangka yang terpecut, iaitu ketika kesan graviti boleh diabaikan. Maka kelajuan dapat ditingkatkan.

Hasilnya, gua berjaya memintas ocit. Dengan perasaan yang angkuh macam sial, gua melemparkan senyuman pada ocit tanda mengejek. Itu jam gua perasan yang ocit sudah pandang paiseh dengan gua, dengan gaya yang tak puas hati serupa gampang. Gua cuma rilek pada seteru yang tak seberapa ini. Gua hanya perlu memaintainkan kayuhan.

Jarak garisan penamat semakin hampir. Gua masih tenang dalam kayuhan. Sebelum tiba digarisan penamat, kami perlu melalui rumah zulaikha, budak paling cun dalam mukim ni, zulaikha ni umur atas gua setahun. Sedang gua sesedap rasa mengayuh basikal, gua nampak zulaikha tengah main tali skipping dengan adik dan rakannya di depan rumah. Usai gua melintasi halaman rumah zulaikha, tak semena-mena gua menoleh dan mengusha wajah comel zulaikha. Zasssss! Zulaikha senyum ke gua.

“Skreeeeeeeeeeeeettttttttt!!!!!’’ “pelepowwww!!! pelepowww!!!” gua pun tak perasan bila mana gua break, akibatnya gua bersepah dengan basikal gua caca marba jadinya. Yang gua ingat, gua tak perasan yang gua ni tengah racing basikal. Yang gua musykil apesal ocit pun ikot eksiden sama. Menurut cerita ocit, dia tengah laju kemain cucuk gua dari belakang, tiba-tiba gua break mengejut, jadi ocit hentam jugak la gua dari belakang.



………………………………………………………….

Selepas habis MC seminggu, gua pergi sekolah balik, bengkak kat pipi dah surut, Cuma yang tinggal kesan calar je lagi. Gua masuk kelas, gua ambik tempat yang mana gua tinggalkkan seminggu, gua tarik kerusi, gua tengok bawah meja, ada 1 bungkusan. Gua bukak, satu pek choka choki, berserta nota kecil “Kalau tak..dah jadi pelumba basikal Negara, harap sembuh cepat!-Zulaikha”. Gua senyum manis, sambil gua cium-cium nota itu.

Wednesday, January 4

Bila aku sudah Ber- Reformasi

Video clip yang cool & lagu yang cool



Tahun Baru

Ini entry pertama gua pada tahun 2012 pergh..power gua ni power. Ada lagi 8 tahun ke wawasan 2020. Dimana orang kata ada kereta terbang.


Alkisahnya 4 hari lepas...
Gua tengok jam, gua main plant and zombie, pastu gua tengok jam lagi. Okeh tepat pukul 12 malam di tarikh 01012012. Gua ambik bantal, pakai earfone, gua tarik selimut, gua layan mp3 seround dua.


Sambil tu gua bepikir, masuk tahun baru ni, gua makin meningkat usia, makin dekat dengan ajal, makin banyak tanggungjawab, dunia makin tua.


Babi! ape yang best sangat tahun baru ni. Ramai manusia happy2 jer.







Dari tt : 

ini kerana mereka tidak membaca ini kerana mereka tidka tahu 
bahawa ini adalah kalender gregorian

kalender ini di buat oleh pope gregory X111
pada 24 febuarari 1582
kah kah kah