Monday, May 21

Merantau Ep 1

Aku ada pelan untuk bekerja diluar negara. Tapi, aku memilih negara kelas pertama dan negara yang mempunyai matawang tinggi dari Malaysia.


Kalau nak tau anak jantan tu hebat atau tidak, pergilah merantau.


Bersambung....

Friday, May 18

Iran Pandai Main Bola, Negara Abang...?

Assalamualaikum.

Harini abang nak ajar adik-adik semua, Kenapa bola sepak Iran lebih power dari negara engkorang.


Perhatikan betul-betul gambar dibawah ni.



Tutup Aurat tu, gaya sepak pun ala Beckham.
  • Memakai baju sesuai, seluar track bottom, atau seluar pendek bola.
  • Mengenakan kasut yang bersesuai. (kasut agak tak kena, tapi boleh dikira ok lagi)
  • Bermain diatas padang atau tempat yang sesuai.
  • Okeh, negara mereka tidak mengikut telunjuk negara Uncle Sam.



Ni gaya ape ni? M daud kilau bejoget ke?

  • Pakai kasut kulit
  • pakai kemeja
  • pakai seluar slack
  • Main atas simen yang berkurap. (siapa bikin ni, kualiti takde! patut buat stadium pun runtuh)

Hah korang fikirlah!

Friday, May 11

Bola Sepak

Dah lama juga gua tak menulis pasal bola ni. Yang gua ingat, last gua tulis memang penuh maki hamun.

Tak lama lagi bola sepak mat saleh pun nak habis. EPL, Primera Spanish La liga, Serie A, Bundesliga dan berkoyan-koyan lagi macam liga kat sana. Akan berakhir menjelang musim panas. Maka akan berehatlah segala macam manusia yang ada kaitan pasal bola sepak. Industri kedai mamak juga akan menurun seketika dan akan spin wrestling sementara tunggu Euro. Astro sukan gua tak pasti.

Liga tempatan pulak berlangsung seperti biasa, stim dia tak macam tengok bola mat saleh. Pasukan-pasukan negeri dan secubit pasukan kelab gigih bermain. Ada yang main melompat-lompat, ada yang jenis berlari bawak bola tak tentu hala, ada yang kerja asyik nak menanduk bola je kerja, walhal bola kat atas tanah sekalipun, dan ada yang bangang menyepak serupa main ragbi. Cuma ada la yang ok main sedap dan tak bangang macam yang lain.

Euro pun nak start dah tak lama lagi, pemenang euro gua syak dua je, belanda dengan sepanyol. Apa! jerman?! Lepas podolski join team kanak-kanak arsenal dan marko marin join team lemah Chelsea, gua tak harap sangat dah pada jerman. England pulak ada peluang besar kalau brader Gerrard kapten, kalau selain dia kapten, gua jawab tarak!.

Ok la buat waktu ni, gua ada kerja memajukan anak bangsa ni. Lain kali gua tulis lagi ya.




Brazil tak main Euro

Tuesday, May 8

Pantang Nasik.

Dua hari lepas gua demam, selera makan gua tarak, menyebabkan berat badan gua menurun, dari 60KG ke 52KG, dah sama dekat dengan berat Hanis Zalikha 50KG. Engkorunk tak percaya? ok siapa tak percaya ketiak dia hitam, ah gua pedulik ape lu orang percaya ke tidak.


Setelah menyedari berat badan gua kurus, akibat tak makan nasik masa demam. Jadinya gua bertekad untung pantang makan nasik.


Cuma masalahnya disini, pantang tu jadi lain macam sikit. Dia bukan jadi pantang makan nasik, tapi gua jadi pantang nampak nasik.