Thursday, October 4

Didepan Air Kolah Yang Sejuk.

Aku terkrmbali kepada candu lama.


Kau tolol.


Mudahan kau dilenyek lori secepat mungkin.

Bangkit

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula.

Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula.

Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua.

Bangkit ingat petua dulu supaya jalan lurus.

Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar.

Saturday, September 29

Babi

Bangun pagi, pegi mandi, berus gigi, pakai baju, seluar, stokin dan kasut.

Tengok jam.....


Harini cuti....

babi..

Monday, September 24

Statik

Tempat baru, udara baru, meja baru, rakan baru, bau baru, cara jalan baru.

Semua baru ditempat kerja baru. Setelah setahun ditempat lama.

Tempat lama, aku masih statik habis usia disana.

Aku fikir apa yang aku buat setahun yang lalu.

Sama, statik tiada apa-apa.

Friday, August 31

Apabendeeee

Lama aku tak menaip kat sini.


Jangan risau ya tuan tuan dan puan puan. Aku nak bagitahu, aku masih hidup.



Nanti ada benda seronok aku nak cerita aku cerita ya.

Wednesday, August 1

Nasihat Percintaan

Beberapa tahun yang lepas.

Malam semakin larut, aku malas nak keluar. Aku lepak rumah sambil layan tivi. Dalam tivi tu ada drama apa entah, macam setan juga drama tu. Drama percintaan.

Macam biasa drama melayu, tak cinta, rempit, tak rempit cerita pasal kepoweran polis. Dalam drama yang aku tengok ni, pelakon lelaki tu kene dumb dengan makwe dia. Ah! Kebiasaan drama melayu. Aku pun entah kenapa terus layan cerita bangang macam monyet tu.

Mak aku ada dekat sebelah sambil masukkan sarung bantal baru.

Mak aku bersuara.

“Cinta ibarat KUPU-KUPU”

“Kupu-kupu?” aku membalas

“Makin kau kejar, makin ia menghindar, tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak menduganya.”

Aku mengalihkan kedudukan dari baring ke meniarap.

Mak sambung lagi.

“cinta bisa membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti. tapi cinta itu hanya istimewa, apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerimanya.......”

Aku terus menonton drama dalam tivi, tanpa respon kepada penerangan mak tadi. Drama ni pulak dah nak dekat ending dah.

“tutt tuuuttt” bunyi mesej yang gampang.

Aku ambik henpon aku tengok sms yang aku terima. “ Maaf awak, saya tak boleh terima awak ..saya dah yang lain.. maafkan sayaa, saya doakan awak mendapat jodoh yang baik : (“

…………………………………………….

Drama tivi dah habis, aku pandang siling.

Celake apesal ending macam setan!....



“Cinta yang layak adalah cinta kepadaNYA” Sambil mak aku bangun masuk ke bilik.

Monday, July 9

Dari kepingan gambar

Entah, hilang akal juga aku bila hujan tak boleh balik dari opis.


sudahnya aku main edit edit gambo.


Engko tengok je la.









Yang aku perasan, gambo aku belum ada dalam kamera sendiri. Tunggu la aku main balik kamera.


Thursday, July 5

Musuh Yang Tidak Berbunyi

Pagi- pagi ni masuk toilet perkara biasa.


Tiba-tiba perasaan berdebar tu lain macam sikit.

Dengan bunyi air paip melalui hos getah, ditambah degup jantung berdetak laju. Aku tenung tepat kearah dinding.

Lantas tangan memegang paip hos getah."Splaasssssshhhh!!!". Aku tala ke dinding.

Hanyut benda tu dibawa arus air paip yang laju.

Aku tak nafikan, bila labah-labah joget kat dinding sedang perhati ko tengah membuang hajat, dada ko mesti berdebar.

Friday, June 15

SPAIN 4 - REP OF IRELAND 0


"Kami main power ibarat sutera, penuh seni, badan sedap, seksi, ada sixpek, makwe lawo. Apa lagi nak?! ha!!"












Tuesday, June 12

Jerman- Euro 2012

"..Kereta Jerman menjanjikan keselesaan dan penyelangaraan ditahap tinggi."

Group B
FT : GERMANY 1 : PORTUGAL 0
      (Mario Gomez 72')


Kereta Jerman memang sedap.

Anda pernah memandunya?



Friday, June 1

Menanti Redup.

Semenjak masuk kerja bulan lepas, rekod kedatangan Razman Khuzaimi memang lambat. Selama sebulan itulah kad ketiknya selalu merah. Pelbagai alasan bukan jawapan sudah diberikan kepada majikannya.

Majikan Razman Khuzaimi telah memberi amaran supaya Razman memberhentikan sikapnya. Maka malam itu dia tidur awal. Dengan harapan esok pagi dia bangun awal dan datang awal ke tempat kerja.

Entah dimana silapnya, Razman bangun lewat pagi itu. Mimpi indahnya mandi bersama Najua Boltz ditepi tasik terganggu. Baru sahaja Razman mahu menjadi musang, tiba-tiba terjaga, itupun disebabkan cahaya matahari melepasi ruang tingkap lalu menyapu muka Razman. Kalau nak harap jam loceng, mungkin jangan diharap.

Razman bersiap ke tempat kerja dengan tangkas dan laju. Membonceng motosikal juga dengan laju ibarat rama-rama bertangkup membelah pelangi.

Sesampainya Razman dipejabat, Rita Ruzaini iaitu assistant majikanya memberi pesanan supaya Razman berjumpa majikanya sekarang juga.

Kelat Razman melangkah, menapak langkah demi langkah menuju bilik majikanya.

“Alasan hujan lebat lagi ke?! Nak tunggu hujan lebat berhenti ke?!” Bentak majikanya dengan suara yang agak tegang.

“Sebenarnyaaaa…” Razman membalas lambat.

“Sebenarnyaa apaaa!!!” Majikannya membulatkan mata.

“Sebenarnya..Harini panas, jadi saya tunggu cuaca redup.” Tenang dan penuh keyakinan Razman menjawab.

Semenjak haritu, Razman tidak kelihatan lagi disyarikat.

Monday, May 21

Merantau Ep 1

Aku ada pelan untuk bekerja diluar negara. Tapi, aku memilih negara kelas pertama dan negara yang mempunyai matawang tinggi dari Malaysia.


Kalau nak tau anak jantan tu hebat atau tidak, pergilah merantau.


Bersambung....

Friday, May 18

Iran Pandai Main Bola, Negara Abang...?

Assalamualaikum.

Harini abang nak ajar adik-adik semua, Kenapa bola sepak Iran lebih power dari negara engkorang.


Perhatikan betul-betul gambar dibawah ni.



Tutup Aurat tu, gaya sepak pun ala Beckham.
  • Memakai baju sesuai, seluar track bottom, atau seluar pendek bola.
  • Mengenakan kasut yang bersesuai. (kasut agak tak kena, tapi boleh dikira ok lagi)
  • Bermain diatas padang atau tempat yang sesuai.
  • Okeh, negara mereka tidak mengikut telunjuk negara Uncle Sam.



Ni gaya ape ni? M daud kilau bejoget ke?

  • Pakai kasut kulit
  • pakai kemeja
  • pakai seluar slack
  • Main atas simen yang berkurap. (siapa bikin ni, kualiti takde! patut buat stadium pun runtuh)

Hah korang fikirlah!

Friday, May 11

Bola Sepak

Dah lama juga gua tak menulis pasal bola ni. Yang gua ingat, last gua tulis memang penuh maki hamun.

Tak lama lagi bola sepak mat saleh pun nak habis. EPL, Primera Spanish La liga, Serie A, Bundesliga dan berkoyan-koyan lagi macam liga kat sana. Akan berakhir menjelang musim panas. Maka akan berehatlah segala macam manusia yang ada kaitan pasal bola sepak. Industri kedai mamak juga akan menurun seketika dan akan spin wrestling sementara tunggu Euro. Astro sukan gua tak pasti.

Liga tempatan pulak berlangsung seperti biasa, stim dia tak macam tengok bola mat saleh. Pasukan-pasukan negeri dan secubit pasukan kelab gigih bermain. Ada yang main melompat-lompat, ada yang jenis berlari bawak bola tak tentu hala, ada yang kerja asyik nak menanduk bola je kerja, walhal bola kat atas tanah sekalipun, dan ada yang bangang menyepak serupa main ragbi. Cuma ada la yang ok main sedap dan tak bangang macam yang lain.

Euro pun nak start dah tak lama lagi, pemenang euro gua syak dua je, belanda dengan sepanyol. Apa! jerman?! Lepas podolski join team kanak-kanak arsenal dan marko marin join team lemah Chelsea, gua tak harap sangat dah pada jerman. England pulak ada peluang besar kalau brader Gerrard kapten, kalau selain dia kapten, gua jawab tarak!.

Ok la buat waktu ni, gua ada kerja memajukan anak bangsa ni. Lain kali gua tulis lagi ya.




Brazil tak main Euro

Tuesday, May 8

Pantang Nasik.

Dua hari lepas gua demam, selera makan gua tarak, menyebabkan berat badan gua menurun, dari 60KG ke 52KG, dah sama dekat dengan berat Hanis Zalikha 50KG. Engkorunk tak percaya? ok siapa tak percaya ketiak dia hitam, ah gua pedulik ape lu orang percaya ke tidak.


Setelah menyedari berat badan gua kurus, akibat tak makan nasik masa demam. Jadinya gua bertekad untung pantang makan nasik.


Cuma masalahnya disini, pantang tu jadi lain macam sikit. Dia bukan jadi pantang makan nasik, tapi gua jadi pantang nampak nasik.

Wednesday, April 25

Anak Bangsa

Cerita dia macamni, semalam aku pergi minum teh tarik bersama seorang rakan disebuah restoran mamak. Dalam pada aku hirup teh tarik yang hanya indah pada buih. Aku telah menemui beberapa kaedah untuk memajukan anak bangsa.


Selesai aku minum teh tarik, aku pandang langit. Untuk memajukan anak bangsa ni, aku mesti perlu keyakinan dan kesabaran. 


Kaedah yang  aku temui semalam ialah Cinta itu bukan destinasi, tetapi perjalanan.


Begitulah cerita dia.

Wednesday, April 4

Minyak

Harga petrol RON97 naik lagi RM0.10. Harini semua anak muda marah dan amukan mereka tiada siapa yang menghalang.


Namun, lebih kurang tiga hari kemudianya. Anak muda kembali reda dengan menghisap rokok dan mengunyah ayam penyek.




********************


Moga pihak bertanggungjawab atas kenaikan minyak ini jatuh, lalu disondol babi.

Monday, April 2

10 Senarai Status Facebook



Ini gua listkan 10 status Facebook paling celake berserta panduan untuk mengkomen.

1) Status : Saya sgt2 gemok!!brt badan sy x ideal!!!

Komen: Dah tau gemuk yang pegi main fesbuk apasal lahanat! Pegi la jogging.

2) Status : ~Arrrgghhhhhh bosnyewww duduk rumah sorang-sorang

Komen: Dah tu?! Sila la terjun bangunan

3) Status : Titew ace nak demam la.

Komen: Alhamdulillah, awak dah tak lama hidup.

4) Status : Abang seven eleven tadi encewm cangat.

Komen: Encewm kepala bapak kau!

5) Status : "Mari join group Boikot-bla bla bla..sebarkan pada semua."

Komen: "My ass keyboard warrior!"

6) Status : Ermm titew takde mood la.

Komen: Cara afdhol untuk hilangkan rasa bosan, lu pergi minum racun sekarang!

7) Status : Kepada future husband saya, windu dia sangat2

Komen: Future husband kau tengah mencurang sekarang, bongok.

8) Status : Cinta itu memedihkan.saya pasrah.

Komen: Pasrah kepala bana kau.

9) Status : Ittew baru bangun tido ni. Tak mandi lagi. Ekekekekeke

Komen: Perangai serupa perangai babi.

10) Status : Hai semua, kejap lagi syew nak makan mekdonel. Nyam nyam.

Komen: Lepas ni, makan selipar gua sekali, amacam?



Kalau nak tambah dipersilakan…

Thursday, March 29

SMS

Gua ambil henfon Nokia warna biru, terus gua taip secara laju dan berhemat. Sms itu berbunyi " Salam, nanti kalau lu sampai Bandar Baru Bangi, Lu cari warta bangi, kalau tak jumpa kol gua balik". 


Selesai menaip sms secara laju, gua terus tekan send. pap pap pap terus delivered.


Selang beberapa minit kemudian, henfon Nokia gua berbunyi menandakan sms masuk.


Gua dah agak sms ini adalah jawapan dari sms yang gua hantar tadi.


Gua pandang skrin henfon dengan penuh geram. Sms dia bertulis " K "




**********

Nohoromm!!


Dah kalau lu cuma tulis "K", Gua nak reply apa?! "KPOP"?!

Wednesday, March 21

Gua Nak Cari Remaja Bermain Bola.

Setelah menonton beberapa perlawanan Pasukan Bola Sepak Malaysia. Apa yang boleh gua katakan, gua taknak pasukan Malaysia akan terus dibangangkan. Pasal FAM, gua malas ulas, lu orang faham-faham sendiri.


Gua harus bertindak!


Dengan ini gua nak cari beberapa remaja untuk menyertai akademi bola sepak yang bakal gua tubuhkan nanti.


syarat-syaratnya mudah:


1.Bawah 15tahun. (Belajar lingkup atau tak, gua tak kisah)
2.Cukup sekadar berwawasan dan bersemangat punk hantu bola sepak yang jitu.
3.Sanggup dilatih secara rare dan berkualiti antarabangsa.
4.Spirit nak menang yang kuat.

5.Sanggup berjauhan dengan keluarga
6.Dan akhir sekali bebas dari penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Kalau lu orang ada anak-anak dan adik atau sesiapa je lu rasa nak dan berkelayakan seperti diatas sila email gua (maz_lant@yahoo.com.my)

Gua sekarang dalam bekira-kira mahu pajakkan belog ni, agar duit tu gua boleh tampung untuk bina Akademi dilengkapi 2padang latihan, asrama, dewan makan, 4 orang jurulatih, 2 fisioterapi. Segalanya dalam perancangan.


************************
Apahal sengih-sengih?.
Gua Serious.
Gua tak main main.
Jangan sampai gua cekik leher lu sampai sesak napas.