"In Pos Malaysia, the minimum wage is RM635 a month.
For TNB, it is RM750.
Petronas is RM1,050,
and Telekom Malaysia is RM800"
******
Kat berita hari ini gua dengar Pos Malaysia punya biznes ada untung besar. Brader-brader posmen aku tengok, still macam tu jugak. Jarang sangat gua tengok brader-brader posman pakai kereta Honda macam brader kastam.
Pejabat pos dan brader posmen, memang dah lama ngam dengan gua sejak gua aktif scene mailorder dari 1995. Gua dan pos malaysia dah umpama cubit peha kanan peha kiri terasa juga. Walaupun selalau bergaduh tapi gua tetap sayang sama jabatan pos ni.
Gua harap pihak-pihak atasan, kasi lebih sikit laa kat brader-brader pos ni. Untung banyak tapi makan sorang-sorang. Apa cerita ni. Lu jangan sampai budak-budak boikot. Tak pasal-pasal lu kena hantar surat satu-satu keping pakai kereta BMW lu... Bukan apa, budak-budak posmen lu kasi jaga la sikit. Moto diorang pun gua dengar kadang dah tak macam ex5, bunyi dah rupa trak askar.
Untuk kita pulak, jangan la kurang hajar dengan posmen-posmen yang datang hantar surat. Jangan jalan terkedek-kedek kalau dia horn mintak sign surat. Kasi lari anak sikit. Tunjukkan kita ni ada belas kasihan dia dia. Dah la tengah panas terik, pakai unifrom yang bukan-bukan. Dengan helmet lagi yg melikit-lekit.
Yang bela anjing besar kuda, gigi taring tu ... sila latih anjing untuk sayangkan posmen. Tampal poster, buat patung posmen di merata-rata kawasan rumah. Biar anjing kenal posmen adalah orang yang baik. Bukan penjahat.
Gua tanya laa,
berapa ramai yang pernah jemput posmen masuk rumah join makan nasik sekali?
Berapa ramai kat luar sana pernah bungkuskan pengat kat posmen?
Cakap terima kasih pun gua rasa jarang-jarang.
***
Tapi kalau jenis posmen yang suka letak surat kemudian langgar tong sampah,
memang gua maki jugak!!! kah kah kah kah!!
***
p/s: sapa kerja posmen tapi tak into hobi kumpul setem memang betul2 bangang!!!!
*****************************
Gua Sangat berkesan baca belog ni, jadi gua simpan entri lu yang ni Jimbo Halalkan yek.
No comments:
Post a Comment