Wednesday, March 21

Gua Nak Cari Remaja Bermain Bola.

Setelah menonton beberapa perlawanan Pasukan Bola Sepak Malaysia. Apa yang boleh gua katakan, gua taknak pasukan Malaysia akan terus dibangangkan. Pasal FAM, gua malas ulas, lu orang faham-faham sendiri.


Gua harus bertindak!


Dengan ini gua nak cari beberapa remaja untuk menyertai akademi bola sepak yang bakal gua tubuhkan nanti.


syarat-syaratnya mudah:


1.Bawah 15tahun. (Belajar lingkup atau tak, gua tak kisah)
2.Cukup sekadar berwawasan dan bersemangat punk hantu bola sepak yang jitu.
3.Sanggup dilatih secara rare dan berkualiti antarabangsa.
4.Spirit nak menang yang kuat.

5.Sanggup berjauhan dengan keluarga
6.Dan akhir sekali bebas dari penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Kalau lu orang ada anak-anak dan adik atau sesiapa je lu rasa nak dan berkelayakan seperti diatas sila email gua (maz_lant@yahoo.com.my)

Gua sekarang dalam bekira-kira mahu pajakkan belog ni, agar duit tu gua boleh tampung untuk bina Akademi dilengkapi 2padang latihan, asrama, dewan makan, 4 orang jurulatih, 2 fisioterapi. Segalanya dalam perancangan.


************************
Apahal sengih-sengih?.
Gua Serious.
Gua tak main main.
Jangan sampai gua cekik leher lu sampai sesak napas.

No comments:

Post a Comment