Friday, November 18

Siapa mati dulu.

Diwaktu malam yang hening, hanya ditemani cahaya bulan. Sesekali kedengaran cengkerik berbunyi umpama sedang bermain pok amai-amai. Nun diberanda rumah Semi D, berkaler jingga cair kelihatan sepasang suami isteri sedang berbual mesra, umpama pakwe makwe bermadu asmaradana.

Si suami memandang muka isterinya yang comel itu, lebih-lebih lagi dengan sinaran cahaya bulan, menambahkan seri kecomelan isterinya. Dengan penuh steady umpama Johnny Deep, si suami menanyakan sesuatu pada isterinya.

Suami: “Sayang, abang nak Tanya sesuatu boleh?”

“Mestilah boleh bang. Jangan kata Tanya, abang nak menyanyi pun boleh, keh keh keh”. Si isteri menjawab dengan sedikit mengekek, tak tumpah seperti fasha sendat ketawa bila diusik oleh Johan Asshari.

Dalam hati suaminya, mahu sahaja dia starlight dahi isterinya. Namun dia lelaki yang penyanyang, tak mungkin dia melakukan seperti itu terhadap isterinya. Lebih-lebih pun ciuman padu yang singgah pada pipi mulus isterinya.

Tuntas suami bertanya lagi.

Suami: “Ermm, antara kita berdua siapa yang ayang nak mati dulu?”

Dengan sedikit berkerut didahi, isteri tuntas menjawab “Ok, kalau ayang, ayang yang nak mati dulu sebelum abang”.

“Sebab?”

“Sebab Ayang tak sanggup nak tengok abang mati.”
Jawab isteri dengan sayu, “hmmmm Abang pula?

“Kalau abang, abang juga harap ayang yang mati dulu..” Dijawab oleh suami dengan penuh konfiden.

“KENAPA”
jawab si isteri dengan nada yang tinggi, sehingga garau-garau suara isterinya.

“Sebab abang nak bahagiakan sayang sehingga akhir hayat sayang, abang tak yakin ada orang lain boleh bahagiakan sayang sepertimana abang bahagiakan sayang” Jawab suami dengan nada sebak.

Si isteri memandang wajah suaminya dengan mata yang berkaca, Dengan pantas suami menyapu airmata isterinya dengan hujung jari.




 Nota: Gua nak tanya lu orang, kamu rela orang yg dicintai setengah mati.mati dahulu, atau korang yang nak mati dulu...?

No comments:

Post a Comment