Friday, November 25

Kucing berenjin-Antara alien atau kucing

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Bunyi itu menyebabkan lamunan gua terhenti. Dimana dalam lamunan tersebut gua menjadi masked rider tengah cemas-cemas untuk rembat raksasa puaka. “cis baru nak jadi gaban, potong lak”. Gua amati bunyi tersebut masih lagi ada. Macam bunyi enjin lori lepaskan dihidupkan. Tapi tak mungkin sebab, perlahan sikit.

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Dengan semangat oltromen taro, gua tanpa rasa malu, terus terjun dari katil untuk mencari punca bunyi tersebut. Dalam kepala hotak gua yang fresh hanya fikir kereta tamiya dash yankuro gua hidup secara otometik. Tapi mana mungkin, ia nya hendaklah dihidupkan secara manual. Atau khaizad, yang datang rumah gua semata-mata nak datang umah gua, nak tayang kereta tamiya baru dia. “Cis!..jat! jat! Kau jangan main2..datang umah gua tak bagi salam, perangai serupa komunis!” teriak gua. Tapi tiada sahutan. Pantas gua garu kepala gua yang tak gatal. 

Macam ni model kereta gua, kalau korang tak tau kereta ni popular pada tahun 90an. dan ade cerita katun dash yankuro.


“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Lebih kurang 30minit bersamaan setengah jam gua mencari bunyi tersebut dengan tabah, akhirya gua dapat dimana datangnya bunyi tersebut. Sah datangnya dari makhluk tuhan paling comel, iaitu kucing gua. Gua pandang tepat kearah mata kucing tersebut macam gaban nak start berkelahi dengan raksasa laut.

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Gua rapatkan telinga kedada kucing, jelas dan kuat bunyi enjin tersebut, gua memang ada kepakaran mendengar bunyi dengan jelas, tambahan gua masih muda, untuk cacat pendengaran agak tak kena pada masa itu. Pada masa tu, gua dah rasa tak sedap hati, sifat suuzon (buruk sangka) sudah menguasai diri. “Adakah kucing gua menelan enjin kereta tamiya gua” “Adakah lu alien yang diutus untuk menghancurkan bumi” “ Adakah kau robot kucing macam doraemon?” “Adakah kau kucing jadian!” bertalu-lalu soalan songsang gua lontarkan kepada kucing tersebut. Tapi tiada sebarang jawapan gua terima dari kucing tersebut, malahan kucing itu boleh jilat-jilat badan dengan aksi comel. HUH!!

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

………………………………………..

“Bbbrrrrttt Brrrtttttt Bbbrrrtttt!..”

Tahun berganti tahun, sekarang gua dah besar. Discovery Channel pun dah ada, ditambah pulak dengan dunia tanpa sempadan. Jadi gua tahu sebab apa kucing berbunyi enjin. Sebab memang kucing bernafas berbunyi enjin. Dah aku malas nak ulas. Korang cari sendiri sebab apa. 
Ini kucing bukan berok!




NOTA: Entri ni kisah gua masa umur 6 tahun kot, tadika, jadi semua benda gua nak tahu. Biasalah budak lagikan

No comments:

Post a Comment