Tuesday, December 27

Aku Bukan Ameng Spring

Preeeeeeeeeng2x!!!!!! Bunyi enjin motosikal yang ditunganggi mat rempit terus mematikan lamunan Ameng. Ameng memang panas dengan budak-budak rempit ni. Baru sahaja ameng nak feel layan perasaan. Hati ameng dah membuak mahu pergi libas dengan buluh kait buah kat budak-budak rempit ni. Sejak dari lepas zohor lagi membawa ke lepas asar, ameng senantiasa duduk didepan pangkin bawah pokok mangga, kalau tak duduk disitu, ameng akan makan biskut cicah melo panas didapur. Mak Timah, emak kepada ameng risau akan hal anaknya itu.

Namun apakan daya mak Timah selain dari membebel-bebel kepada ameng. “Along, hanya dengan ilmu je mampu menjamin masa depan along!” “mak tak kira, along kena juga terima tawaran university tu.” sambil mak timah memperbetulkan silanya. Kepala ameng semakin sakit, kejap kemudian ameng pergi mendapatkan adiknya yang sedang leka menelaah pelajaran, Nurul Ain. Nurul Ain adalah anak ke2 dari 4 orang adik beradik termasuk ameng. “Angah…..ermmmm along sekarang tengah konpius ni, angah rasa along kena pilih yang mana?”. Nurul Ain memandang tepat ke mata ameng. “Bagi angah…along kena buat apa yang along minat, takut nanti along jadi musuh kepada benda yang along tak suka. “tapi kan…ni permintaan mak long…along kena ingat, mak beharap sangat yang anak dia masuk university” “ Tapi terpulang kat along lah, antara keberkatan mak dan minat along” “mungkin satu hari nanti ada hikmah kenapa along dengar cakap mak.” Ameng diam dan hanya mengangguk apa yang dikatakan oleh adiknya itu.

Ameng melihat keluar tingkap melihat dua lagi adiknya yang sedang leka bermain. Kejap-kejap bermain guli, bosan bermain guli, bermain tolak-tolak, bosan main tolak-tolak, bergaduh. Itu jelah yang tahu dilakukan oleh dua adiknya, yelah baru tahap nak hafal sifir 2 pun tergagap lagi. Ameng mematikan niatnya untuk meminta pendapat 2 adiknya itu. Ameng lagi prefer untuk berkongsi pendapat dengan Nurul Ain. Yelah dalam bulan puasa tu dia tak akan puasa penuh sebab diberi cuti oleh Allah, begitulah sesuai diibaratkan usia Nurul Ain ini. Puas ameng membuat muka Aaron Aziz serupa sakit perut, Ameng pergi lagi ke pangkin bawah pokok mangga itu sambil meletakkan kaki kanan diatas pangkin, dan kaki kiri di bawah.

Preeeengggg!! Prengggg!! Sekali lagi bunyi yang cilaka muncul membuatkan ameng panas. Ameng buat rilek buat cool walau hati panas sebab die tau itu bunyi motor Yamaha cup CDI si Azli. Azli merupakan kawan ameng dari kecik, walau mereka ni satu sekolah, tapi ameng dan Azli tidak pernah sama kelas. Sebab Azli ni tahap bengap dicampur tahap malas dia ni dah macam lagi teruk dari keldai. Keldai ni walau dia bengap tapi keldai adalah bintang yang rajin. Lain pula akan halnya si ameng ni, ameng pulak memang dari kecik kalau periksa tu, asyik dapat nombor 1 tak pun nombor 2. Kalau dapat nombor 2 tu pon sebab ameng ni penat sebab sibuk latihan bola sepak, jadi ameng tak sempat nak ulangkaji mana. Itu sebab ameng dan azli ni tak pernah sama kelas, yela azli sudah tentu dalam kelas yang kurang pandai, dan si ameng pulak tentulah ditempatkan dikelas yang wanita2nya sudah tentu cantik, kemas, pandai sopan, wangi. Yang lelakinya pulak rambut sikat kemas, ada yang pakai spek, jenis pakai tali leher kemas. Tapi ameng tak kesah semua tu. Bagi ameng pengkelasan kelas mengikut IQ pelajar adalah sebuah penindasan terhadap pelajar. Bagi ameng, dia lagi suka pelajar itu bebas dalam menuntut ilmu selagi tidak melanggari syarak.

Bunyi motor Yamaha cup tu semakin hampir. Ameng hanya membatukan diri. Sekejap sahaja azli betul2 berada di pangkin dimana tempat ameng duduk. Dengan berbaju jersi bola kelab yang berpangkalan di barat london dan rokok tercokeng dimulot. Azli terus mematikan enjin motor serta menongkat stand. Azli menegur ameng sambil mata azli pedih2 kena asap rokok. 



Gambar cedok kat google


“Holla ameng!...kah kah kah apehal lu ni macam muka Jamal Abdillah terpijak taik lembu ni woii..kamon la kawan.”

Ameng masih lagi diam sambil mengorek hidung . Azli bersuara lagi.

“weyh..engko ni kenapa, jom la cepat siap..dah petang ni, kata nak main bola.” Sambil azli mengeluarkan asap ikut hidung, bosan ikut hidung, asap keluar dari celah gigi.

“Aku konpius ni li, tak tau mana nak pilih.”

“Ah sudah lu ni. Takpa petang ni kat padang bola aku dengar si jimbert ade sekali. Ape kate lu mintak tolong ke dia.”

“Owhh si jimbert abangnya si odah teleng tu? die cuti ke? Bile die balik? Apesal aku tak tau?”

“Woii dah 2 hari dah die balik kampong, tu la engko! Asyik layan perasaan je, woii lu nak main bola tak ni.”

“Oooookkeeeh…ko tunggu kejap, aku pergi tukar baju!” pantas ameng berlari seperti dubuk naik kerumah. Azli hanya memerhatikan keadaan kawannya itu sambil menghisap rokok sehingga tinggal lambang, lalu cepat2 azli menjentik jauh puntung rokok tersebut. Bagi azli, seorang pro smoker lagi-lagi smoker yang dah habis sekolah, sangat tak cool dan sangat bangang sekiranya menghisap melepasi lambang rokok, tak kira lah rokok seludup atau rokok cukai.

Tak sampai lima minit ameng kembali turun, dengan lengkap berpakain seperti seorang pemain bola sepak professional. Jauh sekali jika nak dibandingkan dengan azli. Yelah, ameng ni adalah pemain remaja negeri dan hampir-hampir mewakili kebangsaan ketika berumur 16 tahun. Tapi apakan daya, banyak penghalang ketika itu. Ameng cepat-cepat melompat keatas moto Yamaha cup azli.

“Woii ali!, bak kunci..gua yang bawak moto ni”

“ishhhh aku dah agak…nah!” sambil mencampak kunci ke ameng. Ameng menyambut baik lambungan kunci dari azli. Bukan ameng tak mahu azli yang drive sendiri motor tu. Tapi ameng tahu kalau azli yang drive, memang akan wheelie dari rumah sampai ke padang la jawabnya.

Azli memang dah masak benar dengan perangai ameng ni. Memang rutin kalau ameng dan azli naik motor bersama, mesti ameng yang akan take over pemanduan. Untung azli dapat kawan matang macam ameng. Nasib baik ada ameng, dia yakin kalau dia tak kawan rapat dengan ameng sudah tentu dia akan lagi sesat dari ini. Motor Yamaha yang dipandu ameng berlepas meninggalkan rumah, bunyi Yamaha cup tersebut semakin hilang dibiaskan oleh jarak dan angin petang.









Okeh....Bersambung...........

No comments:

Post a Comment