Thursday, December 29

Memang gua nak beli kereta ni

HONDA CIVIC 2.0 

Okeh..gua memang nak ambik kereta ni jika diizinkan Allah, gua nak angkat kereta ni pada Oktober 2012. Setelah gua buat calculation. Jadi tarikh tersebut adalah sesuai. Namun sekiranya gua still tak dapat angkat pada tarikh tu, gua akan cuba lagi. Sebab gua hanya merancang dan berusaha, dan Allah hanya mengetahui segala-galanya. Harga kereta ni gua ambil yang kebiasaan ikut pasaran sekarang,Harga Honda price-on the-road + insurance + Sum insured = RM 127,000.00. 


Gua buat lakaran kiraan mudah dahulu:

  • Kita ambil deposit 10% = 12,700.00
  • Gua ada masa lebih kurang 10bulan untuk cari RM 12,700.00
  • Kiraan mudah, jadi tabungan gua kena ada RM1270.00 sebulan


Okeh itu untuk deposit. masuk pulak kepada Bulanan.
  • Loan gua nak buat antara 7 ke 9 tahun je.
  • kita ambik 9 tahun: RM114,300/9tahun@108bulan = RM1058.++
  • 7tahun pulak:RM114,300/7tahun@84bulan = RM1361.00
  • Bulanan gua mesti kena ada untuk kereta ni sahaja RM 1300.00 ke RM 2000.00
  • Interest lebih kurang 4% ke 6%..Honda biasanya interest rendah, itu kena tengok pada perbincangan dengan bank.
  • tempat beli pun gua dah tau.


Berdasarkan data-data ringkas yang gua kaji selidik seperti di atas, ini bermaksud gua kena bekerja keras bermula saat ni perggghh!. Kah kah mana ada orang nak senang tanpa bekerja keras, sedangkan anak Tokeh Mamak pun dok gigih berkerja, Abam lucaketiak pun gigih nak angkat BMW X6. Paling koman@kurang pendapatan bulanan gua hendaklah RM3000.00.. dan keatas. 

9tahun dari tahun 2012, maknanya tahun 2021baru habis, kah kah kah silap-silap masa tu dah ada kereta terbang. Peh!

Moga usaha gua nanti diberkati dan dirahmati Allah.

Aminnnnn~

Sedikit untuk tatapan umum.








Nota: Rumah, gua tengah kaji selidik dulu, kaji keadaan geografi, harga dan etc.



2 comments: